http://manggiskita.blogspot.com/
BUAH MANGGIS DAN XANTHONE
1. Buah manggis adalah buah bermusim dengan kulitnya berwarna unggu
dan isi berwarna putih.
2. Masyarakat dahulu banyak menggu****an buah manggis untuk tujuan
perubatan seperti mengubat cirit-birit, keletihan dan penghadaman
serta lain-lain lagi. Kajian terkini melalui sains berjaya membuktikan
khasiat dan kelebihan buah manggis lebih dari itu dengan penemuan
sejenis bahan aktif di dalam buah manggis yang dikenali sebagai
xanthone.
3. Xanthone ialah suatu bahan kimia aktif dengan strukturnya yang
terdiri daripada jejari 3- cecincin dan ini menjadikannya sangat
stabil ketika berada dalam badan. Struktur ini turut menjadikannya
sangat stabil dalam pelbagai keadaan samaada panas atau sejuk.
4. Terdapat lebih dari 200 jenis bahan xanthone dalam alam semulajadi
yang berada didalam pelbagai benda tetapi lebih dari 40 jenis xanthone
terdapat dalam buah manggis dan merupakan yang terbanyak.
5. Khasiat terbaik dari xanthone ialah ianya bersifat anti-oksida.
Pengoksidaan merupakan proses berbahaya yang berlaku setiap dan setiap
hari dalam tubuh kita sama seperti proses yang berlaku dan menyebabkan
karat pada besi. Proses pengoksidaan ini juga kebiasaannya disebut
sebagai penuaan.
6. Xanthone akan melindungi sel dan mengurangkan kerosakan pada sel
terutamanya akibat serangan radikal bebas.
7. Selain anti-oksida, buah manggis juga berfaedah sebagai
antibakteria, anti-kanser, anti-radang malah warna unggu yang terdapat
dari buah manggis juga mempunyai khasiat tersendiri.
8. Kelebihan manggis ialah ianya boleh diambil dalam dos yang tinggin
dan seberapa banyak kandungan sekalipun tanpa memberikan sebarang
implikasi yang buruk kepada tubuh seseorang.
Antara 44 jenis penyakit yang berkaitan:
1. DIABETES 6. MIGRAIN 11. MULUT
2. KESIHATAN KULIT 7. SALURAN DARAH 12. PENGHADAMAN
3. KANSER 8. LELAH DAN ASMA 8. LELAH DAN ASMA 13. DEMAM DAN
JANGKITAN
4. EMOSI DAN STRESS 9. TUBUH 14. OTAK DAN SARAF
5. MASALAH HAID 10. BUAH PINGGANG 15. PENGLIHATAN
INFO PENTING
Penyakit bukanlah sejenis masalah yang dapat diubati dalam sekelip
mata dan kejadiannya juga seringkali berlaku secara perlahan - lahan
sebelum dapat dikesan oleh doktor atau dapat kelihatan sebarang tanda
Kesan perubatan dari buah Manggis ini pula adalah bergantung kepada
jenis badan seseorang dan bukannya berkesan kepada setiap individu.
(Tambahan pula produk ini diklasifikasikan sebagai minuman/makanan
kesihatan dan bukannya ubat-ubatan)
Produk dari buah Manggis ini juga perlu diambil sekerap yang mungkin
bagi menampakkan keberkesanannya.